Saturday, December 19, 2015

SIMPOSIUM DADAH DAN HIV/AIDS


USM PULAU PINANG, 17 Disember 2015 (Khamis) - PEMADAM Negeri Pulau Pinang bersama PEMADAM Daerah Barat Daya telah menyertai Program Simposium Dadah Dan HIV/AIDS Bersempena Hari AIDS Sedunia 2015 anjuran AIDS Action & Research Group (AARG), Pusat Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bertempat di Dewan Pembangunan Siswa I, Kompleks Cahaya, USM Pulau Pinang di sini.

Program ini bertujuan memahami dengan lebih mendalam dinamik isu, permasalahan, rawatan dan pencegahan berkaitan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat yang telibat dengan penyalahgunaan dadah. Program tersebut telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Azlinda Azman, Konvenor AARG, USM Pulau Pinang.

Panel Simposium :-

1) Dr. Janizah Abd Ghani,
    Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit AIDS/STD,
    Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

2) En. Ahmad Nasir Long
    Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan,
    Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang

3) Cik Christine Low Bee Cheng
    Pengurus Program,
    Penang Health Development Association 

4) Cik Haryati Jonet
    Pengurus Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP)
    AIDS Action & Research Group (AARG), Universiti Sains Malaysia

Klik disini Video Simposium USM 


    
 



Wednesday, November 4, 2015

PERLEMBAGAAN PEMADAM

1. NAMA DAN LAMBANG


(i) Nama Persatuan itu ialah PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA atau ringkasnya PEMADAM (kemudian daripada ini disebut sebagai "Persatuan itu").

(ii) Lambang Persatuan itu adalah sebagai yang diperihal dan dilukis dalam Jadual Pertama.


2. PEJABAT BERDAFTAR DAN TEMPAT MESYUARAT


Pejabat berdaftar dan tempat mesyuarat bagi Persatuan itu ialah di:
Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan, 

No. 8, Jalan Ledang, 

50480 Kuala Lumpur
atau di tempat lain di dalam Malaysia sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan dari masa ke semasa.

3. KAWASAN KEGIATAN


Kawasan kegiatan bagi Persatuan itu ialah di Negeri- negeri dalam Malaysia dan Wilayah Persekutuan yang mana, bagi maksud Perlembagaan ini, hendaklah dianggap sebagai sebuah Negeri dalam Malaysia.
(a) Perkataan 'Daerah' yang disebut di dalam Perlembagaan ini adalah juga bermakna 'Jajahan' di Negeri Kelantan dan 'Bahagian' di Negeri Sarawak .


4. TUJUAN


Tujuan Persatuan itu ialah: 
  • Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
  • Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
  • Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
  • Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.


5. PENAUNG


Penaung bagi Persatuan Kebangsaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Penaung bagi Persatuan Daerah dalam sesuatu Negeri dan bagi jawatankuasa Penyelaras Negeri ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan.
Penasihat PEMADAM Kebangsaan hendaklah diwujudkan terdiri daripada bekas-bekas Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan yang masih berupaya dan perlantikan ini boleh diperbaharui atau dibuat perlantikan semula setiap 2 tahun sekali tidak melebihi daripada 5 orang.


6. KUASA-KUASA PERSATUAN


Persatuan itu hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat segala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan-tujuannya, dan khususnya, tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut terlebih dahulu:-
  • Untuk memajukan dan mengawal penyatuan dan memberi bantuan kepada mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu.
  • Untuk mengambil, memegang dan melupuskan harta alih dan tak alih, termasuklah stok dan sekuriti, dan dengan jalan lain menguruskannya adalah satu cara sebagaimana dikehendaki oleh hal keadaan, termasuklah mengadai janji atau mencagar mana-mana harta bagi maksud tujuan-tujuan Persatuan itu.
  • Untuk mengambil alih tugas-tugas, aset dan tanggungan mana-mana orang atau badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu atau had-had dan syarat-syarat yang boleh dipersetujui.
  • Untuk menguruskan derma kekal dan membuat pembayaran darinya.
  • Untuk memungut derma dan meminjam wang dan merayu dan menerima pemberian dari semua jenis dan melaburkan wang derma, wang dan pemberian itu.
  • Untuk menerbitkan dokumen-dokumen, mengadakan persidangan dan seminar tempatan dan menghantar wakil-wakil menghadiri persidangan dan seminar yang diadakan di luar negeri yang berhubung dengan penyalahgunaan dadah.
  • Untuk memberi bantuan dalam apa-apa bentuk kepada mana-mana persatuan atau badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu atau kepada mana-mana penagih dadah.
  • Untuk membuat pemberian, dan untuk atau menderma kepada mana-mana khairat.
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMADAM Kebangsaan. 
    (50% daripada Pengamanah-pengamanah ini adalah terdiri daripada mereka yang bukannya Pengasas PEMADAM atau menganggotai sebarang Jawatankuasa Persatuan ini.)
  • Untuk menubuh sebuah Yayasan PEMADAM bagi tujuan mendapatkan sumber kewangan yang berterusan melalui bidang-bidang yang akan diputuskan oleh Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan.
  • Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan hendaklah melantik (4) orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PEMADAM yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan Tiga orang ahli.

APA ITU PEMADAM



Pengenalan


Perdana Menteri adalah penaung PEMADAM dan beliau yang melantik Presiden PEMADAM, ketika ini Dato 'Mohd. Bin Johari Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan. Pada 17 April 2010, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun, yang juga Pengerusi Pemadam Sabah mahu semua lapisan masyarakat untuk membasmi gejala dadah adalah abadi. Tugas ini bukan tugas kerajaan, Pemadam, pertubuhan bukan kerajaan, polis, Agensi Anti-Dadah (NADA) sahaja tetapi semua rakyat tanpa mengira puak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka serta mengetahui dengan siapa mereka berkawan.
Ini adalah perpaduan asas "Dadah Musuh Nombor Satu Negara" .The Perdana Menteri adalah penaung PEMADAM dan beliau yang melantik Presiden PEMADAM, ketika ini Dato 'Mohd. Bin Johari Baharum, Timbalan Keselamatan Minister.On 17 April 2010, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun, yang juga Pengerusi Pemadam Sabah mahu semua lapisan masyarakat untuk membasmi gejala dadah adalah abadi. Tugas ini bukan tugas kerajaan, Pemadam, pertubuhan bukan kerajaan, polis, Agensi Anti-Dadah (NADA) sahaja tetapi semua rakyat tanpa mengira puak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka serta mengetahui dengan siapa mereka berkawan.

Apa Itu PEMADAM


PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH.

Objektif PEMADAM


Mendidik Masyarakat Mengenai Bahaya Dadah Menerusi Penyebaran Maklumat, Program & Memberi Khidmat Nasihat Dengan Kerjasama.

Visi


  • Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama.
  • Kita perangi dadah habis-habisan.

Misi


Negara Bebas Dadah 2015.

Carta Organisasi


Tuesday, November 3, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMADAM NEGERI PULAU PINANG BILANGAN 1 TAHUN 2015

Georgetown, 2 November 2015 (Isnin) - PEMADAM Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PEMADAM Negeri Pulau Pinang Bilangan 1 Tahun 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 53, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengerusi PEMADAM Daerah dan Setiausaha PEMADAM Daerah dari PEMADAM Daerah Barat Daya, PEMADAM Daerah Tanjung, PEMADAM Daerah Seberang Perai Utara, PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah dan PEMADAM Daerah Seberang Perai Selatan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dr. Afif Bin Bahardin (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang).

Agenda Mesyuarat :-

1) Pembentangan Laporan Setiausaha PEMADAM Negeri Pulau Pinang 
    oleh Puan Latiffa Bee Binti Abd Rahman
2) Pembentangan Laporan Bendahari PEMADAM Negeri Pulau Pinang
3) Pembentangan Laporan PEMADAM Daerah Tanjung
4) Pembentangan Laporan PEMADAM Daerah Barat Daya
5) Pembentangan Laporan PEMADAM Daerah Seberang Perai Utara
6) Pembentangan Laporan PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah
7) Pembentangan Laporan PEMADAM Daerah Seberang Perai Selatan







Sunday, October 25, 2015

HEBAHAN : 26th IFNGO World Conference & 22nd IFNGO ASEAN NGOs Workshop

AIMS

OBJECTIVES

 




Sunday, October 4, 2015

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) KE-40


Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) ke 40 di Bukit Gambang Resort City,Pahang Darul Makmur dari 2 hingga 4 Oktober 2015.


Seramai lebih kurang 2500 orang hadir dari semua Negeri dan Perwakilan untuk mengundi calon baru untuk memegang jawatan di peringkat PEMADAM Kebangsaan.


PEMADAM Daerah Barat Daya juga turut terlibat dalam mengikuti dan menjayakan perhimpunan agung tahunan tersebut.

YB Dr. Afif Bin Bahardin (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Adun Seberang Jaya) sebagai Pengerusi PEMADAM Pulau Pinang juga amat prihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada program program PEMADAM Negeri Pulau Pinang Dan PEMADAM Daerah Barat Daya.

Dengan sokongan dan kerjasama Pegawai Daerah (DO) baru, saya yakin kami akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk belia-belia di kawasan perkampungan atau di kawasan kawasan `HOT SPOT`,dimana ramai penagih bertempat di situ.

Kami tahu Pembasmian DADAH ini tidak boleh dilakukan dengan begitu mudah, tetapi dengan kerjasama kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, Badan bukan kerajaan(NGO), masyarakat tempatan kami boleh mengurangkan kadar penagihan dari peratus sedia ada ke satu tahap yg lebih rendah ,mengikut `guidelines ` United Nations yg telah dibentangkan baru baru ini.


PEMANDANGAN INDAH DI 
BUKIT GAMBANG RESORT CITY, PAHANG





MAJLIS MAKAN MALAM
SEMPENA PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN
PEMADAM KEBANGSAAN KE-40 
DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY, PAHANG
2 OKTOBER 2015 (JUMAAT)
8.00 MALAM - 10.30 MALAM




PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN
PEMADAM KEBANGSAAN KE-40 
DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY, PAHANG
3 OKTOBER 2015 (SABTU)
8.00 PAGI - 5.00 PETANG








Tuesday, September 22, 2015

HEBAHAN : PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PEMADAM KEBANGSAAN KALI KE-40

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Kali Ke-40. Sehubungan dengan itu, 3 orang Perwakilan dan 2 orang Pemerhati PEMADAM Daerah Barat Daya yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Barat Daya Kali Ke-33 yang lalu diminta menghadiri perhimpunan agung ini yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
                  Tarikh   : 2 hingga 4 Oktober 2015
                  Tempat : Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang 

Sekian, untuk makluman.
"DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT"

Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya
Pulau Pinang





Wednesday, September 16, 2015

16 SEPTEMBER 2015 : SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-52

16 September 2015: Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-52. Hari ini adalah merupakan sambutan Hari Malaysia ke-52, iaitu jatuh pada 16 September 2015. Setiap tahun tanggal 16 September rakyat Malaysia akan merayakan Hari Malaysia. Ia merupakan cuti umum seluruh Malaysia yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia merupakan hari pembentukan atau Perisytiharan Penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu pada tahun 1963.

Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-52



Hari Malaysia, Penubuhan Malaysia pada 1963, raikan sambutan Hari Malaysia
Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-52

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Sumber: Wikipedia.

Sebelum ini kita telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-58, "Malaysia, #SehatiSejiwa", Dua hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia pelbagai kaum hidup dalam keadaan aman damai. Bebas untuk hidup dengan cara tersendiri. Ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tiada sengketa, tiada pertumpahan darah, tiada sengketa dan tiada rusuhan.

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan segala kenikmatan yang kita kecapi ini agar terus kekal sampai bila-bila. Kemajuan dan kepesatan Malaysia semakin terserlah dengan pembangunannya, kepesatannya, kemajuannya dan kemakmurannya. 

Ayuh Malaysia... teruskan kemajuan... semoga rakyat hidup selesa di tanahair tercinta. Dikesempatan ini Jawatankuasa PEMADAM DBD ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Malaysia Ke-52"

Malaysia Maju Tanpa Salahguna Dadah.......!

Saturday, September 5, 2015

IKLAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)





IKLAN RAYA AADK




IKLAN HARI KEBANGSAAN AADK 2015




LAGU HARI KEBANGSAAN 2015
MALAYSIA SEHATI SEJIWA

Saturday, August 15, 2015

86 kg dadah dirampas, serbuan terbesar di Pulau Pinang tahun ini


RABU, 12 OGOS 2015 @ 10:25 AM 

GEORGETOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan rampasan 86 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM258,000 di Bayan Lepas, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di kawasan Relau pada jam 2.55 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan selepas pemeriksaan pada kenderaan miliknya menemui dadah terbabit.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kiang, berkata serbuan terbabit adalah antara yang terbesar pada tahun ini selepas suspek dipantau pihak berkuasa sejak awal tahun lagi. 




KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kiang (tengah) menunjukkan rampasan 86 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM258,000. - Foto Mikail Ong 



Thursday, July 23, 2015

STING Bongkar Makmal, Rampas Dadah RM1.5 Juta Di Pulau Pinang


GEORGE TOWN, 23 Julai (Bernama) -- Polis merampas kira-kira 26 kilogram heroin dan 0.6 kilogram syabu bernilai lebih RM1.5 juta serta menahan lima lelaki dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth, dekat sini Selasa lepas.

Operasi Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama Jabatan Narkotik Pulau Pinang dari pukul 9.30 pagi hingga 10.45 malam itu turut membongkar sebuah makmal memproses dadah di Bayan Lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kelima-lima lelaki yang ditahan itu berumur antara 27 dan 53 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

"Dalam serbuan pertama pada pukul 9.30 pagi di sebuah rumah di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas, polis merampas dadah jenis syabu dan heroin, serbuk kafein, bahan kimia serta peralatan memproses dadah selepas menahan seorang lelaki.

"Empat lagi lelaki ditahan dalam dua serbuan antara pukul 12.20 tengah hari dan 10.45 malam di kawasan Bayan Lepas dan Butterworth," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit juga dipercayai anggota kongsi gelap Gang O4 dan Sio Sam Ong.

Abdul Rahim berkata polis turut menyita empat kereta, sebuah motosikal, wang tunai, barangan kemas dan jam tangan berjenama yang kesemuanya bernilai kira-kira RM1.42 juta.

"Siasatan awal polis mendapati dadah yang diproses itu adalah untuk kegunaan tempatan," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata dari Januari hingga 22 Julai lepas, polis Pulau Pinang berjaya membongkar 10 makmal memproses dadah di negeri ini dan menahan 31 orang dengan nilai rampasan dadah mencecah RM7.4 juta.

-- BERNAMA




Monday, July 13, 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

UCAPAN JAWATANKUASA PEMADAM DAERAH BARAT DAYA 

         


Assalamu’alaikum W.B.T 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan saya selaku Ahli Jawatankuasa PEMADAM Daerah dan seluruh Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AIDILFITRI

Saya serta Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh Penjawat Awam yang beragama Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Mudah-mudahan sambutan Hari Raya pada tahun ini benar-benar bermakna kepada kita semua, terutamanya bagi mereka yang dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.

Kita patut bersyukur kerana dapat merayakan saat kejayaan ini dalam suasana aman dan damai tanpa adanya peperangan, kelaparan, ketakutan dan kesedihan.

Keadaan ini berbeza sekali dengan nasib sesetengah umat Islam di negara-negara lain yang merayakan Hari Raya ini dalam serba kekurangan. Sesetengah mereka berhari raya dalam ketakutan kerana peperangan.

Suasana ini tidak berlaku di negara kita. Al-hamdulillah. Semuanya berhari raya dalam suasana gembira dan ceria. Tidak ada rakyat Malaysia yang dilaporkan berhari raya dalam keadaan ketakutan. Oleh kerana itu, kita patut bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan bumi Malaysia ini dengan segala kemakmuran, kekayaan alam semula jadi dan keamanan penduduknya. Justeru, kita perlu mengekalkan suasana yang sedia ada. Semua ini penting bagi menjamin negara kita terus makmur dan mendapat keredhaan Allah.

Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan bagi pihak PEMADAM Daerah Barat Daya di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang melaksanakan tanggungjawab,menguruskan PEMADAM Daerah Barat Daya. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. 



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri




                



Saturday, June 27, 2015

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh ganjaran dan rahmat, PEMADAM Daerah Barat Daya merasakan masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sedar ataupun tidak, hari ini telah masuk hari yang ke-10 kita berpuasa. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, kita dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan aman, damai dan penuh kemewahan serta keselesaan. Justeru, marilah kita sama-sama bersyukur di atas segala kerahmatan ini.


Di sini, Admin ingin kongsikan video kelakar oleh  Mat Luthfi : Pesanan Ramadhan

Mat Luthfi : Benda-Benda Melayu/Muslim Sebut Bila Ramadhan



SELAMAT MENONTON :)