16 September 2015: Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-52. Hari ini adalah merupakan sambutan Hari Malaysia ke-52, iaitu jatuh pada 16 September 2015. Setiap tahun tanggal 16 September rakyat Malaysia akan merayakan Hari Malaysia. Ia merupakan cuti umum seluruh Malaysia yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia merupakan hari pembentukan atau Perisytiharan Penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu pada tahun 1963.
Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-52
Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-52 |
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Sumber: Wikipedia.
Sebelum ini kita telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-58, "Malaysia, #SehatiSejiwa", Dua hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia pelbagai kaum hidup dalam keadaan aman damai. Bebas untuk hidup dengan cara tersendiri. Ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tiada sengketa, tiada pertumpahan darah, tiada sengketa dan tiada rusuhan.
Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan segala kenikmatan yang kita kecapi ini agar terus kekal sampai bila-bila. Kemajuan dan kepesatan Malaysia semakin terserlah dengan pembangunannya, kepesatannya, kemajuannya dan kemakmurannya.
Ayuh Malaysia... teruskan kemajuan... semoga rakyat hidup selesa di tanahair tercinta. Dikesempatan ini Jawatankuasa PEMADAM DBD ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Malaysia Ke-52".
Malaysia Maju Tanpa Salahguna Dadah.......!
No comments:
Post a Comment