Tuesday, March 31, 2015

BIRO DAN PERANAN PEMADAM MALAYSIA

1) BIRO WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA PEMADAM
Biro ini telah mensasarkan Wanita Dan Suri Rumah sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu mengenai HIDUP PENUH ERTI. Disamping itu, Biro ini juga membantu kumpulan tersisih khususnya Bekas Penagih dan keluarganya. Pendekatan dialog dan mesra kumpulan sasar menjadi pendekatan utama Biro ini. Pada tahun ini Biro ini mengubah perspektif ahli PEMADAM dengan kaedah memberi peluang perniagaan kepada Ahli PEMADAM disamping mendidik mereka BEBAS DADAH.

2) BIRO ANTARABANGSA & IFNGO PEMADAM
Biro ini bekerjasama dengan Biro-biro PEMADAM  Kebangsaan untuk menyelaraskan input yang berkaitan dengan berkesan khusus dalam area antarabangsa.

3) BIRO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PROGRAM PEMADAM
Biro ini meneliti semua program yang dijalankan oleh PEMADAM untuk diteliti keberkesanan dan kesesuaian program dengan kumpulan sasar. Program JEJAK KASIH, Seminar Penyalahgunaan Dadah, Program PPDa di Kawasan Nelayan, Program Keluarga dan Pendidikan menjadi tunggak kepada semakan gerak kerja biro ini.

4) BIRO KEAHLIAN PEMADAM
Biro ini mengelola Kempen Keahlian PEMADAM dilaksanakan sepanjang masa dan tumpuan diberikan kepada program yang melibatkan masyarakat umum.

5) BIRO MEDIA DAN PROMOSI
Biro ini bekerjsama dengan Biro-biro PEMADAM  dengan Pihak Media dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti anjuran PEMADAM.

6) BIRO PENCEGAHAN INHALAN, ARAK DAN ROKOK
Biro ini bekerjsama dengan Biro Latihan & Penerangan, Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga, Biro PPDa Di Sekolah dan SAHABAT PEMADAM, Biro Belia dan NGO serta Biro PPDa Di IPT & Kelab PEMADAM untuk menyampaikan maklumat mengenai Bahaya Inhalan, Arak dan Rokok kepada kumpulan sasar. Sasaran utama biro ialah pelajar sekolah dan ibu bapa.

7) BIRO LATIHAN DAN PENERANGAN
Biro ini memainkan peranan yang penting untuk memastikan kumpulan sasar  PEMADAM memahami peranan PEMADAM dan menyedari bahawa DADAH, INHALAN, ARAK, ROKOK dan HIV/AIDS itu berupaya memusnahkan kehidupan. Biro Latihan Dan Penerangan bekerjasama erat dengan Biro PPDa Di Sekolah & Sahabat PEMADAM, Biro Pencegahan Di Tempat Kerja, Biro PPDa di IPT & Kelab PEMADAM dan Biro Pemantauan & KPI dan Biro Wanita Dan Pembangunan Keluarga. Ini secara langsung mengwujudkan suasana bekerja dalam satu pasukan untuk mendidik masyarakat.

8) BIRO PEMANTAUAN DAN KPI PEMADAM
Biro ini dipertanggungjawabkan untuk membuat pemantauan aktiviti PEMADAM melalui lawatan kerja ke setiap PEMADAM Negeri di seluruh negara bagi memastikan kelancaran aktiviti dan matlamat yang dicapai.

9) BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH & SAHABAT PEMADAM
Biro ini mensasarkan Pelajar Sekolah sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep IMAN (Ilmu, Maju, Aktif dan Nekad) ke arah PELAJAR BEBAS DADAH.

10) BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI IPT  & KELAB PEMADAM
Biro ini mensasarkan Pelajar Institut Pengajian Tinggi sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep CEKAL (Cekap, Efektif, Karisma, Amal dan Luhur) ke arah IPT BEBAS DADAH.

11) BIRO PENCEGAHAN DADAH DI TEMPAT KERJA PEMADAM
Biro ini mensasarkan PEKERJA sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep CEKAP (Cemerlang, Efisyen, Kerjasama, Amanah Dan Progresif) ke arah TEMPAT KERJA BEBAS DADAH.

12) BIRO JAGAAN LANJUTAN DAN PENAWAR
Biro ini mensasarkan BEKAS PENAGIH sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep DAMAI (Dadah Akan Musnahkan Akal dan Iman) ke arah KOMUNITI BEBAS DADAH.

13) BIRO BELIA DAN NGO PEMADAM
Biro ini memberi tumpuan kepada mengerakan belia ke arah mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan Kempen Hidup Penuh Erti PEMADAM. Aktiviti biro ini bertujuan mengajak belia untuk membebaskan diri mereka daripada gejala yang tidak sihat. Biro ini sentiasa bekerjasama erat dengan Kementerian Belia Dan Sukan dan menyokong semua agenda berkaitan dengan aktiviti proaktif belia di seluruh PEMADAM Negeri dan PEMADAM Daerah.

14) BIRO AGAMA, KEROHANIAN DAN MORAL
Biro ini memberi tumpuan kepada MASYARAKAT UMUM ke arah mengamalkan pendidikan agama secara berterusan dalam memupuk keharmonian dalam masyarakat Malaysia.