Saturday, May 16, 2015

BENGKEL PELAN TINDAKAN PEMADAM PERINGKAT ZON UTARA (PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG) 2015

Kangar, 14 Mei 2015 (Khamis) : Biro Latihan Dan Penerangan PEMADAM Kebangsaan bekerjasama dengan PEMADAM Negeri Perlis, PEMADAM Negeri Kedah dan PEMADAM Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan PEMADAM Zon Utara bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perlis disini.

Bengkel tersebut disertai seramai lebih 40 orang peserta terdiri daripada wakil setiap dari PEMADAM Daerah Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi, Setiausaha Daerah dan AJK Daerah. Antara PEMADAM Daerah Negeri Pulau Pinang dijemput ialah PEMADAM Daerah Tanjung, PEMADAM Daerah Seberang Perai Utara, PEMADAM Daerah Barat Daya, PEMADAM Daerah Seberang Perai Selatan dan PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah. Tujuan program ini adalah seperti berikut :

* Pemantapan visi dan misi PEMADAM sebagai NGO yang akan mengerakkan jentera program pendidikan pencegahan DADAH bagi semua kumpulan sasar di seluruh ZON UTARA.

* Mengaktifkan peranan Pemegang Jawatan dalam PEMADAM sebagai penggerak dan pemantau program pendidikan pencegahan DADAH serta jagaan lanjutan dalam komuniti.

* Mempertingkatkan kesedaran budaya sukarelawan serta membina imej produktif di kalangan ahli PEMADAM.

MATLAMAT

Menambahbaik pengurusan pentadbiran dalam program PEMADAM


STRATEGI

1) Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan DADAH
    (Program Teras PEMADAM) berdasarkan Kumpulan Sasar
2) Pembangunan Sumber Manusia PEMADAM
3) Pemantapan Struktur Organisasi PEMADAM
4) Hubungan Strategik Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa
5) Sumber Kewangan Dan Dana
6) Pemantauan Dan Penilaian

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung PEMADAM Kebangsaan, YB Senator Dato' Mohd. Suhaimi Bin Abdullah (Ahli Dewan Negara). Hadir sama Pengerusi Biro Latihan Dan Penerangan PEMADAM Kebangsaan, Dato' Kaswuri Keman serta para anggota pengurusan tertinggi PEMADAM Kebangsaan.







No comments:

Post a Comment