Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) ke 41 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah Darul Aman dari 28 September 2016 hingga 29 September 2016.
Seramai lebih kurang 2000 orang hadir dari semua Negeri dan Perwakilan bagi mengundi dan menyokong usul-usul yang dibahas untuk dikaji oleh pihak Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri.
PEMADAM Daerah Barat Daya juga turut terlibat dalam mengikuti dan menjayakan perhimpunan agung tahunan tersebut.
Majlis dimulakan dengan Forum Jihad Membanteras Dadah yang dibarisi Para Panel Jemputan iaitu Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya (Pengerusi Biro Agama, Kerohanian Dan Moral PEMADAM Kebangsaan), Imam Muda Hizbur Rahman Bin Omar Zuhri (Penceramah Bebas), Dr. Poey Tiang Peow (Malaysian Faith and Culture Interaction Association Religions For Peace Malaysia) dan Ally Iskandar Bin Mohd Mardzi (Pengacara Dan Penerbit TV3).
Majlis diteruskan dengan Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-41 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah.
Pada hari kedua, majlis diteruskan dengan Sesi Amanat Khas oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara kepada semua Perwakilan dan Pemerhati PEMADAM Daerah dari seluruh negara.
"Semua pegawai daerah akan bertanggungjawab menetapkan sasaran bagi membanteras penyalahgunaan dadah di daerah masing-masing jika usul menjadikannya sebagai indeks prestasi utama (KPI) diluluskan kerajaan" ujar YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dalam perhimpunan tersebut.
YB Dr. Afif Bin Bahardin (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Adun Seberang Jaya) sebagai Pengerusi PEMADAM Pulau Pinang juga amat prihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada program program PEMADAM Negeri Pulau Pinang Dan PEMADAM Daerah Barat Daya.
Dengan sokongan dan kerjasama Pegawai Daerah (DO) baru, saya yakin kami akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk belia-belia di kawasan perkampungan atau di kawasan kawasan `HOT SPOT`,dimana ramai penagih bertempat di situ.