Saturday, April 30, 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMADAM DAERAH BARAT DAYA KALI KE-34


Balik Pulau, 28 April 2016 (Khamis) - Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Barat Daya Kali Ke-34 telah diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Bunga Raya, Tingkat 1, Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Yang Mulia Tuan Pegawai Daerah, Raja Azlal Bin Raja Azman telah merasmikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Barat Daya iaitu Tuan Haji Shabuddin Bin Shaari. Tiada lantikan AJK baru dibuat pada Mesyuarat Agung kali ini. Mesyuarat pada tahun ini telah dihadiri seramai lebih 50 orang melibatkan Badan-Badan NGO, Guru Sekolah, Jabatan Kerajaan dan Ahli PEMADAM Daerah Barat Daya.

Fokus utama Mesyuarat Agung kali ini adalah perancangan melantik semua rakan strategik (Ex-Officio) seperti ibu Pejabat Polis (PDRM) Daerah Barat Daya, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya bagi memperkasakan Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya dalam membendung gejala penyalahgunaan dadah di kawasan Daerah Barat Daya.


Agenda Mesyuarat :-
1) Ucapan Dan Pesanan Pengerusi Mesyuarat
2) Pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti 2015 oleh Setiausaha
3) Pembentangan Penyata Kewangan Tahunan 2015 oleh Bendahari
4) Pemilihan 3 orang wakil ke Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan 2016 (Langkawi, Kedah)
5) Pemilihan 2 orang Pemerhati Daerah ke Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan 2016 (Langkawi, Kedah)
6) Perbahasan Usul
7) Ucapan Penangguhan 




Akhir mesyuarat tersebut berlangsungnya Sesi Bergambar Jawatankuasa Kerja PEMADAM Daerah Barat Daya Penggal 2015-2017.




Saturday, April 9, 2016

HEBAHAN : MESYUARAT AGUNG PEMADAM DAERAH BARAT DAYA KALI KE-34


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan mengadakan Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Barat Daya kali yang ke-34. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya dengan penuh takzimnya menjemput semua ahli untuk menghadiri mesyuarat agung ini yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
                  Tarikh   : 28 April 2016 [KHAMIS]
                  Masa     : 2.30 petang
                  Tempat : Bilik Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, P.Pinang
        
                  Perasmian : Yang Mulia Tuan Pegawai Daerah
Sekian, untuk makluman.
"DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT"
Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya
Pulau Pinang