Balik Pulau, 16 Mac 2016 (Rabu)
- PEMADAM Daerah Barat Daya telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya Pulau Pinang Bilangan 1 Tahun 2016 bertempat di Bilik
Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Dan Tanah Daerah Barat Daya di sini.
Mesyuarat
tersebut dihadiri oleh Pengerusi PEMADAM Daerah dan Setiausaha PEMADAM Daerah dan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi sesi 2015/2017. Mesyuarat tersebut dipengerusikan
oleh Yang Mulia Raja Azlal Bin Raja Azman (Pengerusi PEMADAM Daerah dan Pegawai Daerah).
Agenda Mesyuarat :-
1) Ucapan Pengerusi PEMADAM Daerah Barat Daya
2) Pengesahan Minit Mesyuarat Tahun 2015
3) Pelantikan Biro-Biro PEMADAM Daerah
4) Pembentangan Laporan Aktiviti Setiausaha PEMADAM Daerah Barat Daya
Oleh Encik Mohd Farouk Bin Varusai Mohd
5) Pembentangan Laporan Kewangan Bendahari PEMADAM Daerah Barat Daya
oleh Puan Roziah Binti Omar
6) Perancangan Aktiviti Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Kali Ke-34
7) Hal-Hal Lain
Mesyuarat tersebut telah mengwujudkan 5 Biro Utama iaitu:-
1) Biro PPDa Sekolah Dan IPT (Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Dan Institut Pengajian Tinggi)
2) Biro Wanita Dan Pembangunan Keluarga
3) Biro Belia, NGO dan Agama
4) Biro Latihan, Penerangan Dan Media
5) Biro Keahlian PEMADAM
5) Biro Keahlian PEMADAM
Akhir mesyuarat tersebut berlangsungnya Sesi Penyerahan Baju Korporat Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya bagi sesi 2015/2017 yang disampaikan sendiri oleh Yang Mulia Raja Azlal Bin Raja Azman.