Gelugor, 16 Februari 2016 (Selasa) - Biro Latihan Dan Penerangan PEMADAM Kebangsaan telah mengadakan Bengkel eROSES Daftar Pertubuhan PEMADAM 2016 bertempat di Bilik Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang di sini.
Bengkel tersebut dihadiri oleh Setiausaha PEMADAM Negeri dan Setiausaha PEMADAM Daerah dari PEMADAM Daerah Barat Daya, PEMADAM Daerah Tanjung, PEMADAM Daerah Seberang Perai Utara, PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah dan PEMADAM Daerah Seberang Perai Selatan.
Inilah kali pertama pihak cawangan diminta untuk memasukkan maklumat cawangan PEMADAM Daerah Barat Daya secara atas talian ke dalam sistem EROSES (Resigtry of Soceties Electronic System) atau Sistem Eletronik Jabatan Pendaftar Petubuhan Malaysia.
Antara yang dimasukkan ke dalam Sistem eroses itu adalah nama-nama dari senarai jawatankuasa yang baru dan juga laporan penyata tahunan.