BIL
|
TARIKH
|
AKTIVITI 2015
|
1
|
27.3.2015
(Jumaat)
|
Sidang Media
Sempena Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan Ke IV : Piala Penaung Pemadam
Tahun 2015
|
2
|
3.4.2015
(Jumaat)
|
Sesi Cabutan
Undi Untuk Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan Ke-Iv Piala Penaung Pemadam
2015
|
3
|
4.4.2015
(Sabtu)
|
1) Kejohanan Futsal
Peringkat Kebangsaan Ke IV : Piala Penaung Pemadam Tahun 2015
2) Majlis Makan
Malam Sempena Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan Ke IV : Piala Penaung
Pemadam Tahun 2015
|
4
|
8.5.2015
(Jumaat)
|
Mesyuarat
Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya bil.1/2015
|
5
|
14.5.2015
(Khamis)
|
Bengkel Pelan
Tindakan Pemadam Peringkat Zon Utara (Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang) 2015
(Perlis)
|
6
|
22.5.2015
(Jumaat)
|
Mesyuarat Agung
PEMADAM Daerah Barat Daya ke-33
|
7
|
2-4.10.15
|
Perhimpunan
Agung Tahunan Pemadam Kebangsaan Kali Ke-40 (Pahang)
|
8
|
2.11.2015
(Isnin)
|
Mesyuarat
Jawatankuasa Pemadam Negeri Pulau Pinang Bilangan 1 Tahun 2015
|
9
|
17.12.0215
(Khamis)
|
Simposium Dadah
Dan Hiv/Aids
|
TAHNIAH! TEAM BARAT DAYA (WANITA) DINOBATKAN NAIB JOHAN FUTSAL PEMADAM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015
Monday, January 25, 2016
AKTIVITI PEMADAM DAERAH BARAT DAYA TAHUN 2015
Tuesday, January 19, 2016
PIL ERIMIN 5 BERNILAI RM7.9 JUTA DIRAMPAS
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Nasional
George Town - Sejumlah 526,800 pil erimin 5 bernilai RM7.9 juta dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata kesemua pil yang dirampas dalam serbuan pukul 11 pagi itu dibalut dengan plastik hitam dan foil aluminium yang diletakkan dalam 10 kotak.
Beliau berkata kotak itu yang diisytihar mengandungi beg tangan dikirim dari luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Jan lepas.
"Kotak itu tiba di Pulau Pinang pada keesokannya (13 Jan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pekerja kargo lapangan terbang di sini yang curiga dengan kandungan kotak itu membuat laporan polis selepas lima hari ia tidak dituntut ejen.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan pil itu dihantar sindiket pengedaran dadah antarabangsa kepada rangkaiannya di Pulau Pinang untuk pasaran di negeri ini, Selangor dan Kuala Lumpur.
Guan berkata polis juga telah mengenal pasti ejen yang sepatutnya mengambil semua kotak itu dan akan mengesan pemiliknya bagi membantu siasatan.
"Ejen itu beralamat di Pulau Pinang dan saya percaya ini bukan kali pertama sindiket pengedaran dadah berkenaan menggunakan cara sedemikian untuk menghantar bekalan pil tersebut," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)