Sunday, October 2, 2016

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PEMADAM KEBANGSAAN KE-41




Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) ke 41 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah Darul Aman dari 28 September 2016 hingga 29 September 2016.


Seramai lebih kurang 2000 orang hadir dari semua Negeri dan Perwakilan bagi mengundi dan menyokong usul-usul yang dibahas untuk dikaji oleh pihak Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri.



PEMADAM Daerah Barat Daya juga turut terlibat dalam mengikuti dan menjayakan perhimpunan agung tahunan tersebut.

Majlis dimulakan dengan Forum Jihad Membanteras Dadah yang dibarisi Para Panel Jemputan iaitu Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya (Pengerusi Biro Agama, Kerohanian Dan Moral PEMADAM Kebangsaan), Imam Muda Hizbur Rahman Bin Omar Zuhri (Penceramah Bebas), Dr. Poey Tiang Peow (Malaysian Faith and Culture Interaction Association Religions For Peace Malaysia) dan Ally Iskandar Bin Mohd Mardzi (Pengacara Dan Penerbit TV3).




Majlis diteruskan dengan Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-41 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah.









Pada hari kedua, majlis diteruskan dengan Sesi Amanat Khas oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara kepada semua Perwakilan dan Pemerhati PEMADAM Daerah dari seluruh negara.

"Semua pegawai daerah akan bertanggungjawab menetapkan sasaran bagi membanteras penyalahgunaan dadah di daerah masing-masing jika usul menjadikannya sebagai indeks prestasi utama (KPI) diluluskan kerajaan" ujar YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dalam perhimpunan tersebut.













YB Dr. Afif Bin Bahardin (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Adun Seberang Jaya) sebagai Pengerusi PEMADAM Pulau Pinang juga amat prihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada program program PEMADAM Negeri Pulau Pinang Dan PEMADAM Daerah Barat Daya.


Dengan sokongan dan kerjasama Pegawai Daerah (DO) baru, saya yakin kami akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk belia-belia di kawasan perkampungan atau di kawasan kawasan `HOT SPOT`,dimana ramai penagih bertempat di situ.

Friday, September 16, 2016

HEBAHAN : PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PEMADAM KEBANGSAAN KALI KE-41


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) akan mengadakanPerhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Kali Ke-41. Sehubungan dengan itu, 3 orang Perwakilan dan 2 orang Pemerhati PEMADAM Daerah Barat Daya yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Barat Daya Kali Ke-34 yang lalu diminta menghadiri perhimpunan agung ini yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
                  Tarikh   : 28 hingga 30 September 2016
                  Tempat : Mahsuri Internasional Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah 

Sekian, untuk makluman.
"DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT"

Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya
Pulau Pinang


Sunday, August 28, 2016

MAJLIS JAMUAN TEH SAMBUTAN ULANG TAHUN TYT NEGERI PULAU PINANG PERINGKAT DAERAH BARAT DAYA MERIAH

BALIK PULAU, 23 Ogos 2016 (Selasa) - Majlis Jamuan Teh Peringkat Daerah Barat Dayasempena Sambutan Ulang Tahun Ke - 78 Yang Dipertua Negeri (TYT) , Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas disambut dengan meriah dan girang.
Lebih 200 hadirin yang terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli DUN, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Barat Daya, , Penerima_Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri dan jemputan khas hadir memeriahkan jamuan teh yang diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau dekat sini, petang tadi.

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya merupakan acara tahunan sempena sambutan ulang tahun kelahiran TYT Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih menjemput Ahli-Ahli Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya.



 





 



Sunday, August 21, 2016

PUSAT PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH /NGO PULAU PINANG


1. PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) DAERAH BARAT DAYA
ALAMAT
Pengerusi,
PEMADAM Daerah Barat Daya,
d/a Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
TALIAN
www.pemadamdbd.blogspot.my

2. THE HIDING PLACE
ALAMAT
Pengerusi,
The Hiding Place,
No. 52, Cangkat Minden,
Jalan Satu,
11700 Gelugor, Pulau Pinang
TALIAN
04-657 9511 (O) / 012-433 8580 (H/P) (Mr Gideon Khoo)

3. COMMUNITY AIDS SERVICE PENANG (CASP)
ALAMAT
Pengerusi,
Community AIDS Service Penang,
No.2077, Mk.10,
Jalan Pow Nee Off Jalan Kulim,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
TALIAN
04-539 8510 / 04-539 9510

4. PERSATUAN PAYONG NEGERI PULAU PINANG
ALAMAT
Pengerusi,
Persatuan Payong Negeri Pulau Pinang,
No. 57, Lebuh Macallum,
10300 George Town, Pulau Pinang
TALIAN
Tiada

5. YOUTH WITH A MISSION (YWAM) KAWAN CENTRE
ALAMAT
Pengerusi,
Youth with a Mission (YWAM) Kawan Centre
No. 37 Love Lane,
10300 Georgetown, Pulau Pinang
TALIAN
Tiada

6. PENANG DRUG PREVENTION INITIATIVE (PDPI)
ALAMAT
Pengerusi,
Penang Drug Prevention Initiative,
d/a School of Social Sciences,
University Sains Malaysia (USM),
11800 USM, Pulau Pinang
TALIAN
www.pdpi.my


*Antara Pusat Pencegahan / NGO yang paling aktif di Negeri Pulau Pinang

Tuesday, July 5, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI




Assalamu’alaikum W.B.T 

Saya serta Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh Penjawat Awam yang beragama Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Mudah-mudahan sambutan Hari Raya pada tahun ini benar-benar bermakna kepada kita semua, terutamanya bagi mereka yang dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.

Kita patut bersyukur kerana dapat merayakan saat kejayaan ini dalam suasana aman dan damai tanpa adanya peperangan, kelaparan, ketakutan dan kesedihan.

Keadaan ini berbeza sekali dengan nasib sesetengah umat Islam di negara-negara lain yang merayakan Hari Raya ini dalam serba kekurangan. Sesetengah mereka berhari raya dalam ketakutan kerana peperangan.

Suasana ini tidak berlaku di negara kita. Al-hamdulillah. Semuanya berhari raya dalam suasana gembira dan ceria. Tidak ada rakyat Malaysia yang dilaporkan berhari raya dalam keadaan ketakutan. Oleh kerana itu, kita patut bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan bumi Malaysia ini dengan segala kemakmuran, kekayaan alam semula jadi dan keamanan penduduknya. Justeru, kita perlu mengekalkan suasana yang sedia ada. Semua ini penting bagi menjamin negara kita terus makmur dan mendapat keredhaan Allah.

Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan bagi pihak PEMADAM Daerah Barat Daya di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang melaksanakan tanggungjawab,menguruskan PEMADAM Daerah Barat Daya. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. 







Monday, May 30, 2016

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT DAERAH BARAT DAYA




Balik Pulau, 25 Mei 2016 (Rabu) - Jawatankuasa PEMADAM Daerah Barat Daya bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Barat Daya bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya di sini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Raja Azlal Bin Raja Azman (Pegawai Daerah Barat Daya merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Barat Daya)



Saturday, May 21, 2016

KERATAN AKHBAR BERKAITAN DADAH DARI JANUARI 2016 HINGGA MEI 2016


2016-05-15 : Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
MUKADIMAH : Ekoran pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa 2016 dijadikan tahun memerangi dadah, Mingguan Malaysia mengambil tanggungjawab sosial mendedahkan magnitud sebenar kerosakan yang berlaku dalam masyarakat akibat dadah dengan menjadikan negeri di Pantai Timur dan Utara sebagai persampelan. Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan PULAU PINANG dipilih kerana negeri tersebut menduduki carta tertinggi dalam penyalahgunaan dadah di negara ini, sekali gus pola kemusnahannya boleh dijadikan kayu pengukur dalam menilai kerosakan sebenar khususnya terhadap golongan muda. Mingguan Malaysia juga mendapati najis dadah begitu mudah untuk diperoleh di hampir semua daerah di negeri-negeri terlibat. Menyedari permasalahan dadah adalah sesuatu yang serius, pendedahan akhbar ini tidak dibuat secara semborono, jauh sekali bertujuan mahu mensensasikan isu, sebaliknya bagi menyedarkan semua pihak berkepentingan bahawa jika benar-benar serius mahu memerangi najis dadah, ‘kepura-puraan’ bukan lagi satu kompromi. Laporan khas ini merangkumi tiga siri. Siri pertama memfokuskan kepada barah pil kuda di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Siri kedua pula menyentuh mengenai ancaman dadah di Kedah, Perlis danPULAU PINANG. Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar SURIYA BONMA, yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan tugas berisiko itu mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan laporan khas ini dan hasil daripada pendedahan berasaskan kepada realiti sebenar tersebut, ternyata cukup menakutkan.

2016-04-29 : Harian Metro
Ipoh: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bersama satu ketulan mampat dipercayai ganja dengan anggaran berat 1.02 kilogram di depan pasar raya di Seri Iskandar, dekat sini, awal pagi semalam. Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari PULAU PINANG itu ditahan jam 2.45 pagi dan turut ditemui bersama suspek 19 pil Eramin 5 selain RM472. Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, tangkapan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah susulan hasil maklumat awam dan risikan. “Penuntut itu dikesan bersama kereta Proton Waja di depan premis berkenaan dan selepas pemeriksaan dijalankan, polis menemui dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM2,000 mengikut harga pasaran.

2016-04-29 : Harian Metro
RM125.5 juta. Itu nilai rampasan pelbagai jenis dadah dilakukan Polis Kontinjem Kedah daripada sindiket dadah antarabangsa yang cuba lolos di kawasan sempadan negeri berkenaan. Dadah yang lolos akan dibawa ke beberapa negeri seperti PULAU PINANG, Kuala Lumpur dan Selangor untuk dipasarkan atau bahan haram itu turut dieksport ke negara jiran.

2016-04-26 : Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
SEREMBAN 25 April – Polis meram¬pas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM6.38 juta dalam serbuan di sebuah stor rumah flat dekat Nilai, Khamis lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd. Yusof berkata, antara yang dirampas ialah dadah jenis heroin, syabu, serbuk ketamin, pil erimin 5, ekstasi dalam bentuk pil, cecair pekat dan serbuk serta kodeine. Ujarnya, serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Nilai itu turut menemukan sebuah ketuhar dan mesin dipercayai bagi memproses dadah dalam bentuk tablet. “Berikutan rampasan itu, polis telah menahan dua lelaki berumur 33 dan 52 tahun di PULAU PINANG hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.

2016-04-25 : Harian Metro
Seremban: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.38 juta selepas menyerbu rumah flat di Flat Taman Semarak, Nilai, Khamis lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, serbuan 4.40 petang dijalankan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Nakortik (JSJN) Nilai turut menemui mesin 'tableting' dan ketuhar. Jaafar berkata, ketika serbuan, tiada sesiapa pun di rumah berkenaan dan polis tidak menolak kemungkinan ia dijadikan stor menyimpan bahan larangan setahun lalu. "Hasil siasatan lanjut, polis menahan dua beranak lelaki berusia 33 tahun dan 52 tahun di PULAU PINANG pada 12.30 tengah hari tadi. "Kedua-dua ditahan untuk membantu siasatan berhubung penemuan dadah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

2016-04-04 : Harian Metro
Seorang lelaki antara lima yang ditahan dalam Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan kerana disyaki positif dadah. Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan polis menemui dapur buatan sendiri iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk menghidap dadah. Lelaki itu bersama isteri dan seorang anak lelakinya dalam perjalan dari PULAU PINANG ke Kuala Lumpur sempat mengambil bahan terlarang berkenaan sebelum memandu treler.

2016-03-25 : Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
BANGKOK 24 Mac – Polis Thailand menahan seramai 14 rakyat Malaysia yang cuba menyeludup 226 kilogram dadah jenis Methamphetamine dan lapan kilogram heroin bernilai berjuta-juta ringgit menggunakan kereta api, semalam. Menurut Ketua Biro Siasatan Pusat Thailand, Leftenan Jeneral Thitiraj Nhongharnpitak, semua suspek daripada satu kumpulan itu ditahan ketika mereka membawa dadah berkenaan dari utara Thailand ke Butterworth, PULAU PINANG. “Kumpulan ini memilih untuk mengangkut dadah tersebut menggunakan kereta api kerana bimbang risiko ditahan semasa tiba di pusat-pusat pemeriksaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Pihak polis di stesen kereta api berkenaan berjaya menahan dua suspek terbabit yang membawa 23 kilogram Methamphetamine, petang semalam setelah menerima maklumat.

2016-03-16 : Berita Harian/Berita Mingguan
Butterworth - Seramai 107 penagih termasuk empat pengedar dadah ditangkap dalam Ops Sarang disekitar PULAU PINANG semalam. Operasi yang dijalankan oleh PDRM dan AADK itu, menyerbu lebih 10 lokasi tumpuan penagih dadah. Ketika serbuan dijalankan ada yang asyik menjalankan urusan jual beli dadah dan ada yang cuba melarikan diri terjun laut bagi mengelak ditahan. Polis juga turut menahan tujuh lelaki kerana kesalah memiliki air ketum sebanyak 3,290ml dan dipercayai bekalan air itu diperolehi daripada pembekal tempatan dengan harga RM5 sebungkus.

2016-03-11 : Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
PULAU PINANG 10 Mac - Sindiket pengedaran dan memproses ketum melibatkan pasaran antarabangsa lumpuh apabila makmal oleh sindiket itu di Datuk Keramat di sini diserbu pihak polis tengah hari semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, hasil serbuan ke atas rumah dua tingkat itu, pihaknya menemukan serbuk ketum seberat 2.8 tan yang dianggarkan bernilai RM238,000. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di premis terbabit menemukan beberapa barangan yang digunakan untuk memperoses serbuk ketum tersebut Serbuk ketum yang telah siap diproses ini, kata beliau, kemudian dibungkus dengan pek sekilogram setiap satu dan dipercayai akan dieksport untuk pasaran Amerika Syarikat (AS), Kanada, Ukraine, Indonesia serta beberapa negara lain. “Kita percaya semua serbuk ketum ini dieksport menggunakan syarikat kurier melalui udara dengan mengisytiharkan semua serbuk ini sebagai herba tradisional bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

2016-03-10 : Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
KUALA LUMPUR 9 Mac – Usaha menggempur kegiatan penyelu¬du¬pan dadah ke negara ini terus diperhebat apabila Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) berjaya membongkar sindiket berkenaan di Tanjung Tokong, PULAU PINANG, Isnin lalu. Hasilnya dadah jenis ketamin seberat 25.2 kilogram dianggarkan bernilai RM1.3 juta dirampas di sebuah hotel. Serbuan yang dilancarkan pada pukul 3.40 petang itu turut menyaksikan dua lelaki warga tempatan berusia 40-an ditahan selepas Sting menerima maklumat daripada pihak Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura mengenai kegiatan itu. Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan jumlah tangkapan yang dilakukan oleh JSJN dari 1 Januari hingga 6 Mac lalu iaitu seramai 39,064 orang melibatkan mereka yang membekal, memiliki dan positif dadah menerusi ujian air kencing. Ujarnya, daripada jumlah itu, seramai 37,423 orang adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing. “Dari segi dadah yang dirampas, jenis sintetik syabu adalah seberat 219 kilogram (kg), ketamin 4.4 kg; ecstasy 69,770 biji; pil kuda 588,936 biji dan eramin, 540,374 biji. “Sementara dadah tradisional seperti ganja pula adalah 283.37 kg dan heroin 60.44 kg

2016-03-10 : Kosmo
KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 40 tahun dan merampas 25.2 kilogram serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta dalam dua serbuan di sebuah hotel di PULAU PINANG, kelmarin. Dalam serbuan pada pukul 3.40 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing ditahan di lobi dan tempat letak kereta di hotel tersebut. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah. "Kita menemui bungkusan dadah jenis ketamin dalam salah sebuah bilik hotel tersebut yang dipercayai diseludup masuk dari China menggunakan perkhidmatan kurier," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebentar tadi

2016-03-10 : Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis ketamin bernilai RM1.3 juta dalam serbuan di sebuah hotel di Tanjung Tokong, PULAU PINANG. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan Isnin lepas itu, dua lelaki tempatan berusia 40 tahun turut diberkas. "Suspek pertama ditahan pada 3.40 petang di lobi hotel manakala suspek kedua ditahan di tempat letak kereta hotel itu pada 4.10 petang. "Ketika ditahan suspek kedua sedang membawa bungkusan kotak yang di dalamnya terdapat dadah disyaki serbuk putih ketamin seberat 25.2 kilogram," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini. Beliau berkata dadah berkenaan diimport dari negara China untuk dijual di pasaran tempatan.

2016-03-10 : Harian Metro
Peningkatan mendadak harga ketamin atau digelar serbuk salji dari RM25,000 sekilogram kepada RM50,000 sekilogram menyebabkan sindiket dadah berlumba-lumba mahu menyeludup. Terbaru sindiket dikesan menggunakan perkhidmatan kurier bagi menyeludup dadah itu dari China ke negara ini sebelum dipasarkan ke premis hiburan. STING berjaya membongkar taktik berkenaan apabila dua anggota sindiket ditahan bersama ketamin di sebuah hotel di Tanjung TokongPULAU PINANG kelmarin.

2016-03-10 : Sinar Harian
GEORGETOWN - Polis PULAU PINANG berjaya membongkar sebuah makmal memproses serbuk ketum di sebuah rumah di kawasan Datuk Keramat di sini tengahari, semalam. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, polis berjaya menemui 2,838 kilogram serbuk ketum yang telah diproses selain menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai pekerja di makmal berkenaan. Ketua Polis PULAU PINANG, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, hasil siasatan mendapati serbuk ketum berkenaan diproses untuk diedarkan ke pasaran luar negara termasuk Amerika, Ukraine, Kanada, Indonesia dan beberapa negara lain. Menurutnya, siasatan juga mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi selama enam tahun lalu di rumah dua tingkat berkenaan dan mempunyai rangkaian pengedaran antarabangsa.

2016-03-09 : Berita Harian/Berita Mingguan
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis ketamin bernilai RM1.3 juta dalam serbuan di sebuah hotel di Tanjung Tokong, PULAU PINANG. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan Isnin lepas itu, dua lelaki tempatan berusia 40 tahun turut diberkas. "Suspek pertama ditahan pada 3.40 petang di lobi hotel manakala suspek kedua ditahan di tempat letak kereta hotel itu pada 4.10 petang. "Ketika ditahan suspek kedua sedang membawa bungkusan kotak yang di dalamnya terdapat dadah disyaki serbuk putih ketamin seberat 25.2 kilogram," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini. Beliau berkata dadah berkenaan diimport dari negara China untuk dijual di pasaran tempatan. Katanya, modus operandi yang digunakan suspek untuk import bahan terlarang itu ke negara ini adalah menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

2016-01-20 : Berita Harian/Berita Mingguan
Polis mematahkan sindiket pengedaran dadah dengan merampas 10 kotak mengandungi pil eramin 5 bernilai RM7.9 juta di Lapangan Terbang PULAU PINANG kelmarin. Semua kotak berkenaan yang diisytihar sebagai bega tangan wanita berjenama itu tiba di LTAPP pada 13 Januari lalu namun tidak dituntut oleh pemiliknya yang dialamatkan ke sebuah syarikat swasta.

2016-01-20 : Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
PULAU PINANG 19 Jan. - Cubaan sindiket dadah menyeludup sebanyak 526,800 biji pil dipercayai erimin-5 dari luar negara berjaya dipatahkan selepas dadah terbabit dirampas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa PULAU PINANG(LTAPP), Ba¬yan Lepas, di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam. Menurut Ketua Bahagian Jaba¬tan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintenden Guan Beng Kang, dadah dianggarkan bernilai RM7.9 juta itu ditemukan ketika pemeriksaan dijalankan di bilik kebal bahagian kargo milik syarikat penerbangan negara di lapangan ter¬bang berkenaan. Menurut beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dike¬rah¬kan ke LTAPP dan memeriksa 10 buat kotak yang dihantar dari luar negara dengan menggunakan alamat sebuah syarikat dipercayai ejen pengirim dan penerima kurier yang beralamat di negeri ini.

2016-01-20 : Kosmo
GEORGE TOWN – Polis berjaya mematahkan cubaan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyeludup masuk Eramin 5 apabila merampas dadah bernilai RM7.9 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa PULAU PINANG di sini kelmarin. Dadah yang dibaluti dengan plastik sampah berwarna hitam dan dibungkus di dalam 10 buah kotak barang itu ditemui ditempatkan di gudang kargo lapangan terbang berkenaan oleh pasukan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri pada pukul 11 pagi. Hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 52,680 ke­ping kertas timah yang berisi pil Eramin 5 ditemui dalam keadaan berikat dengan getah. Setiap ikatan itu pula mengandungi 200 biji pil Eramin 5.