USM PULAU PINANG, 17 Disember 2015 (Khamis) - PEMADAM Negeri Pulau Pinang bersama PEMADAM Daerah Barat Daya telah menyertai Program Simposium Dadah Dan HIV/AIDS Bersempena Hari AIDS Sedunia 2015 anjuran AIDS Action & Research Group (AARG), Pusat Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bertempat di Dewan Pembangunan Siswa I, Kompleks Cahaya, USM Pulau Pinang di sini.
Program ini bertujuan memahami dengan lebih mendalam dinamik isu, permasalahan, rawatan dan pencegahan berkaitan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat yang telibat dengan penyalahgunaan dadah. Program tersebut telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Azlinda Azman, Konvenor AARG, USM Pulau Pinang.
Panel Simposium :-
1) Dr. Janizah Abd Ghani,
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit AIDS/STD,
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
2) En. Ahmad Nasir Long
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan,
Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang
3) Cik Christine Low Bee Cheng
Pengurus Program,
Penang Health Development Association
4) Cik Haryati Jonet
Pengurus Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP)