GEORGETOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan rampasan 86 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM258,000 di Bayan Lepas, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di kawasan Relau pada jam 2.55 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan selepas pemeriksaan pada kenderaan miliknya menemui dadah terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kiang, berkata serbuan terbabit adalah antara yang terbesar pada tahun ini selepas suspek dipantau pihak berkuasa sejak awal tahun lagi.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/74254
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kiang (tengah) menunjukkan rampasan 86 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM258,000. - Foto Mikail Ong