Saturday, June 27, 2015

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh ganjaran dan rahmat, PEMADAM Daerah Barat Daya merasakan masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sedar ataupun tidak, hari ini telah masuk hari yang ke-10 kita berpuasa. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, kita dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan aman, damai dan penuh kemewahan serta keselesaan. Justeru, marilah kita sama-sama bersyukur di atas segala kerahmatan ini.


Di sini, Admin ingin kongsikan video kelakar oleh  Mat Luthfi : Pesanan Ramadhan

Mat Luthfi : Benda-Benda Melayu/Muslim Sebut Bila Ramadhan



SELAMAT MENONTON :)





MESEJ-MESEJ DARIPADA PEMIMPIN SEMPENA HADA 2015


MESEJ DARIPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA




MESEJ DARIPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN



MESEJ DARIPADA MENTERI DALAM NEGERI



MESEJ DARIPADA KETUA PENGARAH AADK



MESEJ DARIPADA MENTERI KESIHATAN




MESEJ DARIPADA KETUA PENGARAH KESIHATAN




MESEJ DARIPADA PAKAR MOTIVASI




MESEJ DARIPADA KETUA PENGARAH PELAJARAN
















Saturday, June 13, 2015

HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA




LATAR BELAKANG

Pada bulan Jun 1987, Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tarikh 26 Jun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Tarikh ini dipilih bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penagihan dan Pergedaran Dadah yang telah berlangsung di Vienna, Auttria pada 17 – 26 Jun 1987. Semua Negara seluruh dunia diminta untuk merayakan Hari Antidadah Antarabangsa ini. Sebelum itu, pada 19 Februari 1983, Kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan. Semenjak itu tarikh 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan dan juga menandakan permulaan kempen Antidadah Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama semua banyak melaksanakan program dan aktiviti untuk menjayakan Kempen Antidadah. Berikutan dengan itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan) telah memulakan Kempen Antidadah Kebangsaan sejak 1983 dan Antarabangsa sejak 1988 pada setiap tahun.

"DO DRUGS CONTROL YOUR LIFE? YOUR LIFE, YOUR COMMUNITY. NO PLACE FOR DRUGS"

"DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH"