Sunday, April 12, 2015

LAGU PATRIOTIK

LAGU-LAGU PATRIOTIK


LAGU NEGARAKU

LAGU NEGERI KITA

LAGU PERKHIDMATAN AWAM




PENDAFTARAN ONLINE UNTUK MENJADI AHLI BIASA / AHLI SEUMUR HIDUP

SENARAI KEAHLIAN PEMADAM DAERAH
DAERAH BARAT DAYA

Keahlian PEMADAM adalah terbuka kepada:-

  • Orang perseorangan (rakyat Malaysia) berumur 16 tahun ke atas dengan bayaran yuran RM1.00 setahun.
  • Orang perseorangan juga boleh menjadi Ahli tetap dengan bayaran RM50.00.





sila click SPAP untuk Pendaftaran Ahli PEMADAM secara Online

SISTEM PENDAFTARAN AHLI PEMADAM ONLINE (SPAP)
(kegunaan penduduk kawasan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang sahaja...harap maklum)

LAPORAN PENDAFTARAN AHLI PEMADAM (ONLINE)

Sunday, April 5, 2015

TAKZIAH Di Atas Pemergian YB Tan Sri Dato' Sri Dr. Ir. Jamaluddin Bin Dato' Mohd Jarjis & Semua Mangsa Nahas Helikopter




PEMADAM Daerah Barat Daya merakamkan ucapan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dato Sri Jamaludin Jarjis serta 5 yang lain di atas pemergian mengejut akibat nahas helikopter di Semenyih petang kelmarin.




TEAM BARAT DAYA WANITA MENGHARUMKAN NAMA BAIK PEMADAM DAERAH BARAT DAYA DI PERINGKAT KEBANGSAAN


KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT KEBANGSAAN KE-IV PIALA PENAUNG PEMADAM 2015 MERIAH













Saturday, April 4, 2015

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri P.Pinang

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri P.Pinang


TASEK GELUGOR, 14 MAC : Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2015 diadakan pada setiap tahun adalah sebagai memperingati pelancaran Kempen Antidadah Nasional yang pertama pada 19 Februari 1983 di mana Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Dadah Musuh Nombor Satu Negara pada ketika itu.

Pada sambutan tahun ini yang bertemakan “Dadah... Kesannya Membinasakan”, memberikan mesej mengenai kesan dan bahaya dadah yang ditunjukkan secara jelas dan berterus terang kepada semua masyarakat agar mereka “merasai” bahawa penyalahgunaan dadah membawa kebinasaan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Majlis Sambutan HADK 2015 peringkat negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di SMK Kg. Selamat ini disempurnakan perasmianya oleh Yang Berhormat Datuk Haji Roslan Bin Saidin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pinang Tunggal. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Siti Rohani bt Ahmad, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Suhaimi bin Saidin, Ketua PPD Daerah Seberang Perai Utara, Puan Norkumala bt Abd Rahman, Pen. Pengarah Pencegahan AADK Ibu Pejabat, Pengarah CCRC dan C&C, ketua-ketua jabatan, Pengerusi dan ahli-ahli SKUAD 1M, guru-guru, pelajar-pelajar SMK Kg Selamat serta kakitangan AADK Pulau Pinang.

Selain pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, majlis turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara seperti pertandingan memasak, pertandingan melukis poster, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, persembahan burdah, silat, senamrobik, persembahan sajak dan burdah.

Warna PUTIH telah dipilih sebagai tema pada kali ini sebagai simbol kontra dengan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah seperti kesengsaraan, kedukaan, kesusahandan kebergantungan.

Friday, April 3, 2015

KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT KEBANGSAAN KE IV : PIALA PENAUNG PEMADAM TAHUN 2015


KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT KEBANGSAAN KE IV : PIALA PENAUNG PEMADAM
TAHUN 2015

TARIKH : 4 APRIL 2015 (SABTU)
TEMPAT : SAFIRA SPORTS PLANET, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
MASA : 7.30 PAGI - 6.00 PETANG

Pada tahun ini, PEMADAM PULAU PINANG dipilih menjadi tuan rumah KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT KEBANGSAAN KE IV : PIALA PENAUNG PEMADAM TAHUN 2015 kali ini diadakan di Negeri Pulau Pinang selaku tuan rumah. Kejohanan ini dianjurkan bersama Biro Belia & NGO PEMADAM Kebangsaan bersama PEMADAM Negeri Pulau Pinang. YBhg. Datuk Saroni Judi selaku Pengerusi Biro Belia & NGO PEMADAM Kebangsaan bersama YB Dr. Afif Bahardin selaku EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penyelaras PEMADAM Negeri Pulau Pinang akan bekerjasama dalam menjayakan Kejohanan Edisi Keempat ini yang julung kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur. Penyertaan kejohanan kali ini hanya dibuka kepada Ahli PEMADAM yang berusia 18-30 tahun. Semua PEMADAM Negeri akan menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita. Kelima-lima PEMADAM Daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang iaitu PEMADAM Daerah Timur Laut, PEMADAM Daerah Barat Daya, PEMADAM Daerah Seberang Perai Utara, PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah dan PEMADAM Daerah Seberang Perai Selatan akan terlibat secara langsung serta turut serta membantu dalam menjayakan kejohanan ini.

PEMADAM Negeri Pulau Pinang selaku Tuan Rumah juga menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan Ke IV : Piala Penaung PEMADAM  bertempat di Sunway Carnival Convention Center, Tingkat 4, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Majlis ini diiringi dengan persembahan kebudayaan di samping penyampaian hadiah untuk para pemenang kejohanan ini.

LAGU RASMI PEMADAM


Lagu PEMADAM

Mari Bersama Dalam PEMADAM
Mari Bersama Sayangkan Insan
Kita Bersatu Mencegah DADAH
Kita Bersatu Membina Maruah

PEMADAM Menyeru Bangsa Malaysia
Kukuhan Semangat Sayangkan Negara
Jangan Dibiar Anak Tersayang
Dikorban DADAH Di Tengah Jalan

Bangun Kamu Pertiwi PEMADAM
Bangun Kamu Putera PEMADAM
Bangun Perwira Srikandi Bangsa
Bangun Semua Tentang Gejala

DADAH Musuh Anak Bangsa
DADAH Musuh Utama Negara
Bencikan DADAH Jadi Perjuangan
Cegah DADAH Sepanjang Zaman

Bangun Kamu Pertiwi PEMADAM
Bangun Kamu Putera PEMADAM
Bangun Perwira Srikandi Bangsa
Bangun Semua Tentang Gejala

PEMADAM.... PEMADAM... PEMADAM.... 

SESI CABUTAN UNDI UNTUK KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT KEBANGSAAN KE-IV PIALA PENAUNG PEMADAM 2015

SESI CABUTAN UNDI UNTUK 
KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT KEBANGSAAN KE-IV
PIALA PENAUNG PEMADAM 2015

PULAU PINANG : Proses cabutan undi bagi Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan KeIV Piala Penaung PEMADAM 2015 telah diadakan pada jam 5.30 petang, 3 April 2015 bertempat di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Cabutan undi tersebut bagi menentukan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan yang disediakan.







SIMPAN GANJA DALAM KEDAI GUNTING.


JEMPOL : Taktik seorang tukang gunting yang dipercayai menyimpan dadah di kedainya di Bandar Seri Jempol telah terbongkar kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Hamzah Alias berkata, penemuan dadah tersebut adalah hasil dari serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 3.45 petang oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Pertucutan Harta) 1988, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (1952) dan Seksyen 15 (l)(a) akta sama.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, April 2, 2015

JAWATANKUASA PEMADAM DAERAH BARAT DAYA


JAWATANKUASA
PEMADAM DAERAH BARAT DAYA
PULAU PINANG
2015/2017


PENGERUSI
Tuan Ederis Bin Mat Din
(Pegawai Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Dari 17.6.2016)

TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Haji Shabuddin Bin Shaari

NAIB PENGERUSI I
Tuan Haji Ibrahim Bin Md. Saman

NAIB PENGERUSI II
Puan Nor Azizah Binti Ahmad

SETIAUSAHA DAERAH
Encik Mohd Farouk Bin Varusai Mohd

BENDAHARI
Puan Roziah Binti Omar

BARISAN AJK
Y.Bhg. Dato Tan Poh Wah
Tuan Haji Shaharani Bin Haji Saidin
Tuan Haji Mohamed Romadzi Bin Yusoff
Encik Mohd Zaki Bin Idris
Encik Arujunan A/L Kandasamy
Puan Mazlinda Binti Eusope
Puan Fauziah Binti Shafiee
Puan Aisyah Binti Darus
Puan Aishah Binti Husin
Encik Mohd Idris Bin Mohd Tahir
Encik Muhammad Khairul Amirul Bin Ahmad
Encik Nasri Bin Segun
Encik Ahmad Fuad Bin Haji Adam
Encik Samad Bin Mohamed
Encik Idris Bin Ismail Dennie

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Encik Zainol Bin Husin
Puan Norlia Binti Aziz

MANTAN PENGERUSI PEMADAM DAERAH BARAT DAYA

Raja Azlal Bin Raja Azman
(Mantan Pegawai Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya)






Bakteria Moko Hanya Serang Pokok Pisang - Dr Afif


GEORGE TOWN, 27 Mac (Bernama) -- Penyakit Layu Bakteria Pisang (Moko) yang dilapor merosakkan tanaman pisang di Balik Pulau tidak membahayakan manusia, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.

Beliau berkata penyakit yang disebabkan 'bakteria ralstonia solanacearum' itu juga tidak menjejaskan tanaman lain.

Setakat ini penyakit itu dikesan menyerang tanaman pisang di Balik Pulau dan Seberang Perai Utara.

Keadaan pokok pisang yang diserang Moko


"Virus di dalam tanah menyerang keseluruhan pokok dan serangan itu menyebabkan pengusaha tanaman pisang kerugian kira-kira RM2 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata tanaman pisang di kawasan terjejas tidak boleh diselamatkan lagi dan Jabatan Pertanian negeri telah melakukan kerja mengkaji semula tanah bagi merawat serta membaik pulih semula tanah.

Virus itu boleh hidup di dalam tanah dalam tempoh menjangkau masa bertahun, katanya sambil menasihatkan pekebun yang terlibat supaya menanam tanaman lain sehingga tanah yang terjejas dipulihkan sepenuhnya.

Beliau berkata pihak Jabatan Pertanian negeri juga telah meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Dr Afif berkata kejohanan futsal Piala Penaung anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan diadakan di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, dekat sini pada 4 April.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras Pemadam Pulau Pinang berkata sejumlah 500 peserta dijangka menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan pasukan lelaki dan RM2,000 untuk juara pasukan wanita.

Kejohanan edisi keempat itu terbuka kepada anggota Pemadam berusia antara 18 dan 30 tahun dan semua Pemadam negeri akan menghantar tiga pasukan iaitu dua pasukan lelaki dan satu wanita, katanya.

-- BERNAMA 

Wednesday, April 1, 2015

MAKMAL DADAH MINI DIBONGKAR DI PULAU PINANG


Misteri sebuah rumah lama di Kampung Permatang Damar Laut di sini yang bercahaya pada waktu malam akhirnya terjawab apabila serbuan polis mendapati ia adalah makmal mini memproses dadah jenis heroin dan daun ketum. 

Dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya kira-kira pukul l petang pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai pengedar heroin berjaya ditahan.

Selain itu, turut ditahan di sebuah bilik lain ialah tiga lelaki yang sedang menyediakan air ketum bercampur bahan kimia. 

Pemeriksaan lanjut polis menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar berisi dadah heroin seberat 638.4 gram yang dianggarkan bernilai RM30,000 serta merampas gunting dan plastik kosong yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah berkenaan sebelum dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

Turut ditahan bersama mereka adalah 900 bungkusan cecair Mitragynine yang disyaki akan dicam-pur bersama daun ketum. 

Polis turut merampas empat bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun ketum, tiga Periuk besar, tong gas dan penapis dengan nilai keseluruhan kira- kira RM7,000.

Sumber: Utusan Malaysia

SINDIKET PENGEDARAN DADAH LUMPUH



Pulau Pinang, 2 Dis - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 12 suspek dan merampas 6.5 kilogram (kg) dadah bernilai RM750,000 dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang dan Kedah, Jumaat lalu. 

Serbuan dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu hasil maklumat risikan. 

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia

MAKMAL DADAH DISERBU

Kuala Lumpur, 25 Mac - Kelicikan tiga lelaki menjadikan sebuah pangsapuri dan kondomium mewah sebagai makmal mini memproses dadah jenis heroin akhirnya terbongkar apabila diserbu polis dalam dua serbuan berasingan semalam.

Serbuan pertama dilakukan jam 10 malam di sebuah pangsapuri di Taman Bukir Gambir berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 an serta merampas dadah yang disyaki heroin seberat 15.1 kilogram (kg), bes dadah jenis heroin seberat 1.138kg, kafien 25.866 gram, botol berisi asid kimia dan beberapa peralatan memproses dadah yang semuanya di anggarkan bernilai RM500,000 dirampas.

Sementara itu, dalam serbuan kedua pada jam 11.15 malam di sebuah kondominium di Penang Times Square berjaya menahan dua lelaki berusia 30 an. Pemeriksaan lanjut mendapati kedua dua suspek turut menjadikan rumah berkenaan sebagai 'port' memproses dan mengedar dadah jenis heroin apabila satu kilogram heroin bersama peralatan memproses dadah ditemui dalam mmah berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Ber bahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantnng sampai mati mandatori.

Sumber: Harian Metro