Tuesday, March 31, 2015

ALAMAT PEJABAT PEMADAM NEGERI

ALAMAT
NAMA PEGAWAI PEMADAM
Pejabat PEMADAM Negeri Perlis               
Jalan Hospital, 
01000 KANGAR, PERLIS
Tel No  : 04-976 4836
Fax No : 04-976 4836
YB Dato' Haji Sabry Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Rosli Rashid
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik DSP (B) Hassan Bin Othman
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Kedah
d/a Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Wisma Darul Aman, 
05503 ALOR SETAR, KEDAH
Tel No  : 04-700 7137
Fax No : 04-730 2246
YB Dato' Haji Tajul Urus Bin Haji Mat Zain
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Mohd Fauzul Fitri Abd Rahman
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Halib Salleh
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Pulau Pinang
3A, Lebuhraya Rose,
10350 PULAU PINANG
Tel No  : 04-226 0709
Fax No : 04-226 0727
YB Dr. Afif Bahardin
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Tuan Haji Ahmad Farid Bin Arshad
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Mohd Rodzi
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Perak
d/a No. 2, Solok Damai,
Taman Idris, 
30010 IPOH, PERAK
Tel No  : 05-506 1299
Fax No : 05-506 1299
YB Dato' Haji Samsudin Abu Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Nordin Mat Isa
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Mohd Azlan Azhar
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. 3, Jalan 3/149 E, Taman Sri Endah,
Bandar Baru Sri Petaling, 
57000 KUALA LUMPUR
Tel No  : 03-9056 4214
Fax No : 03-9056 4214
YBhg. Datuk Seri Haji Mhd Amin Nordin Abdul Azizi
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM W.P.
Tuan Haji Azmi Bin Abdul Hamid
Setiausaha Kehormat PEMADAM W.P

Puan Habsah Bte Soid
Setiausaha Kerja PEMADAM W.P.
Pejabat PEMADAM Negeri Selangor
d/a Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
Tel No  : 03-5510 9834
Fax No : 03-5519 4996
YB Tuan Amiruddin Shari
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Zafril Mohd Eusoff
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Mohd Farhan Bin Ahmad
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Sembilan
d/a Lot 9450 (Atas) Jalan Kekwa 1/1,
Taman Guru Melayu, Jalan Paroi-Senawang,
70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Tel No  : 06-677 3094
Fax No : 06-677 3094
YB Dato' Abd . Samad Bin Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Salehan Othman
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Hamedee Md Badzin
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Melaka
Tingkat 2, Bangunan Dewan Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 MELAKA
Tel No  : 06-288 1017
Fax No : 06-288 1018
YB Datuk Latipah Omar
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Muhamad Tumpang
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Kasim Bin Dollah
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Johor
No. JKR 202 (B) Jalan Yahya Awal,
80300 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tel No  : 07-222 8248
Fax No : 07-222 8246
YB Datuk Haji Ayub Rahmat
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Nor Azman Hasbullah
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Cik Safiza Selamat
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Pahang
d/a Majlis Perbandaran Kuantan,
Jalan Tanah Puteh,
25150 KUANTAN, PAHANG
Tel No  : 09-512 1666
Fax No : 09-515 8214
YB Dato’ Dr. Ahmad Shukri Bin Haji Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Abdul Malek Mat  Ariffin
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Puan Hajah Kamar Noor’in Bte Abdullah
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Terengganu
Tingkat 5, Wisma Darul Iman, 
20503 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Tel No  : 09-622 7337
Fax No : 09-622 7337
YB  Haji Muhammad Pehimi Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Zulkifly Isa
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Cik Wan Norsyamimi Wan Ali
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Kelantan
d/a Tingkat 3, Bangunan PKINK,
Jalan Tengku Maharani Putri,
15710 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel No  : 09-747 0486
Fax No : 09-744 5055
YB Dato’ Abul Fattah Bin Haji Mahmood
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Mohd Arpi Ariffin
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Tuan Haji Nik Mustapha Bin Nik Yahya
Setiausaha Eksekutif PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Sarawak
d/a Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi,
Tingkat 3, Bangunan Baitulmakmur,
Petra Jaya,
93050 KUCHING, SARAWAK
Tel No  : 082-440 441
Fax No : 082-312 531
YB Dato' Haji Abdul Karim Rahman Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Encik Kameri Hj Affandi
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Encik Syeed Mohd. Junaidi Bin Wan Zawawi
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Negeri Sabah
d/a Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 1 (PODIUM) Wisma Tun Fuad Stephens, 
88300 KOTA KINABALU, SABAH
Tel No  : 088-256 711
Fax No : 088-219 549
YB Datuk Hajah Jainab DSP Haji Ahmad Ayid
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri
Datuk Siti Sapoo Bt Hj Ahok
Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri

Puan Jossie Ansilmus@Siti Aishah
Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri
Pejabat PEMADAM Wilayah Persekutuan Labuan
d/a Perbadanan Labuan,
Peti Surat 235,
87008 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tel No  : 087-408 731
Fax No : 087-417 861
YBhg. Dato’ Mohd Nazri Bin Osman
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM W.P.
Encik Mahathir Abd Hamid
Setiausaha Kehormat PEMADAM W.P

Puan Salmah Beddu
Setiausaha Kerja PEMADAM W.P.

Dikemaskini pada 28 April 2017

BIRO DAN PERANAN PEMADAM MALAYSIA

1) BIRO WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA PEMADAM
Biro ini telah mensasarkan Wanita Dan Suri Rumah sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu mengenai HIDUP PENUH ERTI. Disamping itu, Biro ini juga membantu kumpulan tersisih khususnya Bekas Penagih dan keluarganya. Pendekatan dialog dan mesra kumpulan sasar menjadi pendekatan utama Biro ini. Pada tahun ini Biro ini mengubah perspektif ahli PEMADAM dengan kaedah memberi peluang perniagaan kepada Ahli PEMADAM disamping mendidik mereka BEBAS DADAH.

2) BIRO ANTARABANGSA & IFNGO PEMADAM
Biro ini bekerjasama dengan Biro-biro PEMADAM  Kebangsaan untuk menyelaraskan input yang berkaitan dengan berkesan khusus dalam area antarabangsa.

3) BIRO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PROGRAM PEMADAM
Biro ini meneliti semua program yang dijalankan oleh PEMADAM untuk diteliti keberkesanan dan kesesuaian program dengan kumpulan sasar. Program JEJAK KASIH, Seminar Penyalahgunaan Dadah, Program PPDa di Kawasan Nelayan, Program Keluarga dan Pendidikan menjadi tunggak kepada semakan gerak kerja biro ini.

4) BIRO KEAHLIAN PEMADAM
Biro ini mengelola Kempen Keahlian PEMADAM dilaksanakan sepanjang masa dan tumpuan diberikan kepada program yang melibatkan masyarakat umum.

5) BIRO MEDIA DAN PROMOSI
Biro ini bekerjsama dengan Biro-biro PEMADAM  dengan Pihak Media dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti anjuran PEMADAM.

6) BIRO PENCEGAHAN INHALAN, ARAK DAN ROKOK
Biro ini bekerjsama dengan Biro Latihan & Penerangan, Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga, Biro PPDa Di Sekolah dan SAHABAT PEMADAM, Biro Belia dan NGO serta Biro PPDa Di IPT & Kelab PEMADAM untuk menyampaikan maklumat mengenai Bahaya Inhalan, Arak dan Rokok kepada kumpulan sasar. Sasaran utama biro ialah pelajar sekolah dan ibu bapa.

7) BIRO LATIHAN DAN PENERANGAN
Biro ini memainkan peranan yang penting untuk memastikan kumpulan sasar  PEMADAM memahami peranan PEMADAM dan menyedari bahawa DADAH, INHALAN, ARAK, ROKOK dan HIV/AIDS itu berupaya memusnahkan kehidupan. Biro Latihan Dan Penerangan bekerjasama erat dengan Biro PPDa Di Sekolah & Sahabat PEMADAM, Biro Pencegahan Di Tempat Kerja, Biro PPDa di IPT & Kelab PEMADAM dan Biro Pemantauan & KPI dan Biro Wanita Dan Pembangunan Keluarga. Ini secara langsung mengwujudkan suasana bekerja dalam satu pasukan untuk mendidik masyarakat.

8) BIRO PEMANTAUAN DAN KPI PEMADAM
Biro ini dipertanggungjawabkan untuk membuat pemantauan aktiviti PEMADAM melalui lawatan kerja ke setiap PEMADAM Negeri di seluruh negara bagi memastikan kelancaran aktiviti dan matlamat yang dicapai.

9) BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH & SAHABAT PEMADAM
Biro ini mensasarkan Pelajar Sekolah sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep IMAN (Ilmu, Maju, Aktif dan Nekad) ke arah PELAJAR BEBAS DADAH.

10) BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI IPT  & KELAB PEMADAM
Biro ini mensasarkan Pelajar Institut Pengajian Tinggi sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep CEKAL (Cekap, Efektif, Karisma, Amal dan Luhur) ke arah IPT BEBAS DADAH.

11) BIRO PENCEGAHAN DADAH DI TEMPAT KERJA PEMADAM
Biro ini mensasarkan PEKERJA sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep CEKAP (Cemerlang, Efisyen, Kerjasama, Amanah Dan Progresif) ke arah TEMPAT KERJA BEBAS DADAH.

12) BIRO JAGAAN LANJUTAN DAN PENAWAR
Biro ini mensasarkan BEKAS PENAGIH sebagai kelompok yang perlu didekati dalam agenda memperkasakan ilmu melalui pendekatan konsep DAMAI (Dadah Akan Musnahkan Akal dan Iman) ke arah KOMUNITI BEBAS DADAH.

13) BIRO BELIA DAN NGO PEMADAM
Biro ini memberi tumpuan kepada mengerakan belia ke arah mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan Kempen Hidup Penuh Erti PEMADAM. Aktiviti biro ini bertujuan mengajak belia untuk membebaskan diri mereka daripada gejala yang tidak sihat. Biro ini sentiasa bekerjasama erat dengan Kementerian Belia Dan Sukan dan menyokong semua agenda berkaitan dengan aktiviti proaktif belia di seluruh PEMADAM Negeri dan PEMADAM Daerah.

14) BIRO AGAMA, KEROHANIAN DAN MORAL
Biro ini memberi tumpuan kepada MASYARAKAT UMUM ke arah mengamalkan pendidikan agama secara berterusan dalam memupuk keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN PEMADAM KEBANGSAAN

Sejarah PEMADAM

PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.
Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan:
  • YB Dato' Athi Nahapan - telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama Mac 1976 - Mei 1976
  • YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua Kedua pada Jun 1976 - Mei 1987.
  • YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob telah dilantik menjadi Yang DiPertua Ketiga pada 9 Jun 1987 - November 1999.
  • YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Keempat pada 16 Disember 1999 - Oktober 2006.
  • YB Dato' Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Kelima pada 1 November 2007 sehingga kini.
PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, biro-biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.

PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi "a household name". Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas membantu kerajaan memerangi DADAH- Musuh Utama Negara.

Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat dengan beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.

PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa, seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga bengkel bengkel IT bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi informasi ini.

Walaupun PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan pemulihan, namun PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orang-orang yang terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu, PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada ahli-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau "silent sufferers ".

Di luar negara, di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu aktif sekali, khususnya di negara-negara jiran ASEAN dan di rantau Asia . PEMADAM menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation of Non Government Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan dadah. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. IFNGO juga telah melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus untuk negara-negara ASEAN. Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan ECOSOC (Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa Bersatu.PEMADAM juga turut aktif di dalam aktiviti-aktiviti WFTC( World Federation of Therapeutic Communities) dan forum-forum anti dadah lain yang dianjurkan samada oleh Colombo Plan atau lain-lain Agensi Anti Dadah Bangsa-Bangsa Bersatu.